DAHULU
Saya Pernah Menolak Hati Kamu
Saya Pernah Menberi Amaran Kepada Kamu
Jangan Sesekali Panggil Saya 'Sayang'
Kerana Saya Tidak Mahu Kecewa Lagi
Kerana Saya Tidak Bersedia Lagi
Kerana Saya Tidak Mahu Memberi Sesiapa Harapan
Kerana Sakitnya Dipermainkan Masih Terasa
Niat Hati Hanya Ingin Berkawan
Kerana Ingin Melupakan Kisah Silam
Tapi Entah Mengapa
Saat Sejak Berkenalan Dengan Kamu
Saya Rasa Senang
Senang Dengan Semua Tentang Kamu
Seolah-olah Saya Sudah Lama Mengenali Kamu
Berani Keluar Makan Dengan Kamu
Walhal Kita Baru Tiga Hari Kenal
Sehingga Saya Tidak Sedar
Sejak Bilakah Saya Mula Terima Kamu
Mungkin Kerana Hati Saya Sudah Mula Terima Kamu
Mungkin Kerana Kamu Benar-benar Ikhlas Terhadap Diriku
ALLAH Bukakan Pintu Hatiku Tanpa Diri Ini Sedar
Saya Penah Berjanji Pada Diri
Andai Suatu Hari Seseorang Hadir Dalam Hidup Saya
Saya Akan Menjaganya Sebaik Mungkin
Terima Semua Tentang Dirinya
Sejarah Hidupnya
Kisah Silamnya
Saya Tidak Akan Melepaskannya
Saya Akan Jadi Yang Terbaik Dalam Hidupnya
KINI
Terasa Seperti Di Alam Mimpi
Lima Bulan Perkenalan
Kini Sudah Menjadi Tunangan Orang
Saya Dan Awak Sudah Terikat Dalam Satu Janji
Janji Yang Akan Menghalalkan Kami
Separuh Dirimu Sudah Menjadi Milikku
Menanti Saat-Saat Untuk Memiliki Dirimu Sepenuhnya
Setiap Saat Ku Hitung
Agar Masa Segera Berlalu
Kerana Dugaan Di Alam Pertunangan Sangat Mencabar
Moga Saya Mampu Lalui Hari-Hari Yang Mendatang
Dengan Kuat
Semoga Kamu Bersabar Dengan Sikap Saya
Moga Saat Itu Cepat Tiba
Saat Kau Lafaz AKU TERIMA NIKAHNYA
Moga Saya Mampu Jadi Yang Terbaik Dalam Hidupmu
Sama-Sama Kita Berusaha Untuk Jadi Yang Terbaik
InsyaALLAH.
AMIN.
coretan cinta dari ~~Princess Idoraa~~